Wednesday, December 11, 2019

Cabut gigi Bongsu !!!!!

Alkesah..

Gigi bongsu aku ni sakit strt dari mengandung ke Fateh. Tahun 2016 tu. lepas beranak, tiba2 dah x sakit ok la buat xpaham. Elok tahun 2017 mengandung balik, sakit pulak balik. Lepas beranak x sakit. Buat x paham lg skali. Lepas tu tahun 2019 sakit balik tp x mengandung la kan. hihihi

Time ni makan la ubat tahan sakit ubat bengkak. xjadi apa. Sakit lg. last2 buat appoinment di klinik gg klinik kesihatan KL. Doc situ bg surat refer ke hospital. Aku mintak refer hospital selayang. Ok lepas dah surut bengkak tu aku pun kol la selayang untuk buat appoinmt then dia bg tarikh utk dtg. Lepas tu doc situ chck semua so dia kata dia akn bg 1 lg tarikh utk cabut.

Berdebar... Lepas sebulan, dpt kol dari selayang utk dtg cabut. Baru aku tau rupanya kalau kita bg surat refer dari klinik kerajaan, diorang akn ikut harga kerajaan. Maksudnya mgkn register tu RM1, harga cabut RM50. Camtu je. Tapi kalau kita pakai surat refer dari klinik swasta, dia akan ikut harga swsta. Maksud nya register mgkin RM5 dan cabut mgkn RM100++ ke gitu la. mahal sikit

Nak jadikan cerita, waktu dtg uk cabut aku malas gila carik parking. Tngk2 kat hospital selayang ada buat valet parking RM12. Ok la sebab malas kan. Pastu terus naik atas ambik nombor. Aku punya appoinmnt kol 8 jadi, aku g mkn la dlu. Lepas tu naik tmpt gg tadi, tngk2 nombor dh panggil terus masuk dlm.

Diorang buat xray dlu, rupanya 3 btg kena cabut. Halahaiii.. Lepas cabut ok la lg. xrasa sgt. tp lepas bius hilang. Hadoii sakit dia sampai keluar air mata ni. Sbb kan mmg xdapat tahan sgt kesakitan nya, aku ambik ubat tahan sakit kasta tinggi. Khas untuk mlm. nak tidor.

Alhamdulillah lega selepas seminggu. Tu pun lepas kluarkan mcm darah beku ke apa xtau la. bru la bengkak surut. Lepas tu pegi balik hospital utk cabut benang. Alhamdulillah. setel semua. Hilanglah 3 batang gg. sia2 ja. HUHUUHU

Ni la valet parking nya

Sarapan pagi sebelum cabut

3 batang yg dicabut. 1 tu dah berlubang.


Makan bubur je la mampu.

Ni ubat untuk kumur

Ni la ubat tahan sakit kasta tinggi

Nasik,sayur,kuah blend. xleh kunyah. sdp jgk.

Pada hari ke 3. Ada benda ni. Patut pun bengkak x surut

Wednesday, November 27, 2019

Hebat sangat ke Bidang Kerja Aku ni ??****

Alkesah..
Arini dah masuk 3 hari aku cuti tiba2 sebab Salahuddin sakit. Jadinya ambik la cuti dan nasib baik bos aku ok. Nak jdkan cerita, disebabkan bnyk masa senggang, aku bru je lepas baca short story dari seorang cikgu di fb. Katanya dia bru lepas operation, dan sanggup dtg sekolah semata2 nak mengajar anak murid nya. Dan dia cerita kan lg betapa dia x sanggup untuk tinggalkan tugas nya waktu dia cuti sakit.

Aku cuma terfikir xsalah kalau kita nak cerita mcm tu tp jangan ingat kerja sebagai cikgu sahaja yg sangat hebat dan penting. Kalau difikirkan balik, kerja sebagai seorang nurse/jururawat/doktor/kakitangan klinik/hospital pun hebat dan penting jgk. Kalau x ada diorang pening hospital/klinik nk layan kerenah pesakit. Diorang pun kalau nak ambik cuti mesti berkira2. Sedangkan anak sakit pun kadang tu xdpt nk jaga sendiri demi tugas.

Kerja jaga kuanter depan/help desk. Mudah kan kerja tu. Siapa kata susah. Tp ingt kalau x ada diorang ni payah jugak. Org pos dtg nak serah brg,org kol nak tnya mcm2 x berangkat. Last2 kena ada org gantikan tmpt dia kalau diorang ambik cuti. Lepas tu yg gantikan tempat tu mula la bersungut ambik cuti lama2 la. Tp kalau keadaan mendesak,mmg terpaksa la. Sebab tu pun kita ni diberikan cuti oleh majikan.

Keje sebagai seorang sapu sampah di jalanan/tukang angkut sampah. Nampak senang kan tp cuba kalau org2 macam ni cuti. Xlama dlm sehari/2 hari. Mesti bertimbun dah smpah tu kat situ.

Pada aku xperlu lah kita nak merasa diri kita ni tersangat hbt dan tersangat penting dgn kerja2 yg kita buat. Buat kerja kerana Allah taala. InsyaAllah kita akan dpt kemanisan nya. Kerja la apa sekali pun, semua tu sngt penting, sangat bermakna dan sgt hebat.

Ok la done membebel. Budak kecik ni oun dah bergolek sana sini atas katil hospital ni. Jatuh pulak dia karang.

Bye2

Thursday, October 17, 2019

Fahami Tanggungjawab Suami/Isteri/Pasangan

Alkesah..

Satu hari dapat msg dari BFF. Dia tnya pernah x jadi rasa mcm nk bunuh anak? Hmm pada pikiran aku, ni mesti kes dia ni terlalu penat sehingga terpikir mcm tu. Jadi dia mula bercerita. Dia mengaku mmg sangat penat. Dia x tau apa masalah dgn diri dia skrg. Rasa mcm org x siuman.

Jam 3 - 4 pagi bgn untuk pam susu. Pagi jam 5 dah bgn nk bersiap2 ke kerja, uruskan brg anak2. Lepas tu balik nnti, uruskan rumah, anak2 dan segalanya. Habis tu suami buat apa? Main game. Bila disuruh buat kerja contoh buang smpah. Kata nnti. Bila disuruh sidai kain, sampai kain tu kering sendiri dlm bakul. Sabtu Ahad mmg cuti, time tu dia jugak la yg cuci toilet, dia jugak la memasak, dia jugak la kemas rumah, dia jugak la uruskan anak2. Semuanya. Dari A-Z..

Sebab tu kalau kita tngk berita sekarang selalu je ada kluar ibu bunuh anak. Tapi sbnrnya kita x tahu apa masalah si ibu tu hadapi. Rupa2 nya perlakuan si ayah anak tu yg jadi punca. Lepas tgn. Pandai buat anak, pandai sebut nak anak 1 padang bola sepak. Tapi bila suruh tukar pampers pun smpai kena ulang 100 kali. Tu pun kalau dia buat. 

Aku cuma nasihatkan dia, cari sesuatu yg boleh kurangkan beban dia. Contoh, hire org utk cuci/kemas rumah seminggu sekali. Tolong iron skali baju tu ke. Lipat baju tu. Dan skrg dah ada online utk bli brg2 basah. Online kan saja. Klik2 byr. Esok smpai. Sama jgk mcm ayam/ikan. Ada servis org tu basuh siap skali. Pakai je servis tu. Tak pun dryer kan saja kain2 baju tu xperlu sidai. Duit boleh cari. Ambik je duit laki tu sbb dia xnak mmbantu kan. Itu je solution yg ada.

Ringankan beban diri tu. Jangan buat semua benda. Kita mmg x mampu. Sebab tu ada nya pasangan. Kalau x, baik x payah kahwin. Duduk sorang2, lagi senang.Fahami tanggungjawab suami/isteri. Bertimbang rasa pada pasangan masing2. InsyaAllah kita akan hidup tenang.

Nak kata penat, dua2 penat. Nak kata kerja, dua2 kerja. Nak kata jaga anak, si isteri je jaga anak. Nak kata kemas rumah/uruskan hal rumah, isteri je buat. Jadi, siapa yg lg penat tu? Dah la duit gaji tu share2. Sama2 bayar rumah,pengasuh,bil2 semua. Kalau duit gaji tu semua nya si suami tanggung ye la jugak. Si isteri xpayah kerja. Duduk je rumah uruskan rumah dan anak2. Baru adil.

Aku ni ada anak lelaki 2 org. Buat masa sekarang. Aku harap sgt diorang x jadi mcm lelaki2 yg pemalas mcm tu. Aku sgt berharap diorang membantu isteri diorang bila dah berkahwin nanti. Aku hrp aku dpt didik anak2 lelaki aku mcm mna mak aku didik anak2 lelaki dia. Membantu isteri buat kerja, mempunyai sifat kasihan terhadap wanita terutama yg bergelar Ibu/adik/kakak/isteri.

Buat BFF aku, aku harap dia dia berjaya kurangkan beban kepenatan dia. Dan harap2 si suami dpt berubah. Semoga tidak mengalami tekanan perasaan yang melampau. Good luck sis.


Thursday, April 25, 2019

Fateh dan Buku2 nya


Alkesah.. 

Fateh kena masuk sekolah awal 1 tahun sebab lahir 1 jan. Jadi nya masuk la dia ke sekolah. Tapi waktu ni alhamdulillah dia dah kenal huruf dan nombor. Kesah nya aku dah lama dok perati 1 buku ni Mummy hana. Dah masuk bulan ke 3 gaji baru la aku beli. Berkira2 jugak nak beli sebenarnya sbb mahal jgk RM69.

Waktu aku beli ni dia umur 2 tahun lebih. Awal2 bila tngk dia dok main tekan2 je buku tu xpa la aku biarkan je. Lama2, aku pun soal jawab ngn dia..'mana buah tembikai?'..then dia tekan. Betul plak tu. Dari situ dia dh pandai dah abc,nombor,buah2an, dan kenderaan. Alhamdulillah. cepat belajar budak ni.

Masuk je ke sekolah, cikgu slalu bg kerja2 yg dia dh buat kt sekolah. Dari situ aku dok tengok la apa aktiviti dia. Rupanya dia kena sambung2 titik,mewarna, kenal2 huruf dan mcm2. Jadi 1 hari ni aku aim nak crik buku mewarna je sebenarnya sbb tngk gaya dia x reti mewarna. Pegi la ke Aeon Big Wangsa Maju. Situ, aku tngk buku2 tu ada la 2 buku ni yg mmg bagus pada aku la. So rembat la 2 buku dan 1 buku warna. Rm2 je buku warna tu. Buku lg 2 tu rm 8.99.. Mahal sikit la tp mmg tebal dan bagi aku puas hati.

Aku bli kan jugak 1 lapik keras utk senang dia tulis2 dan x tembus. So malam tu balik je rumah aku x sabar nak tngk dia buat kerja. Nasib la jenis mau buat kerja.

Ni la beberapa gmbr hasil dari bukur2 yg aku beli tu. Btw, buku mummy hana tu aku bukan agent. Kalau nak beli, boleh je beli dekat Shopee.

Gambar ABC ni pulak cikgu sekolah dia bg. Untuk kerja rumah la.. Membaca di rumah. Aku amik ni tampal kat dinding. Soal kat dia setiap kali lalu situ. Awal2 ok la.. Bila dh smpai bawah, dia nampak malas, pastu bercelaru. hhaah FAteh..Fateh.. cepat sangat bosan.

 Salahuddin pun nak jugak pegang pensel..kita bg je la.
Buku beli dari Aeon Big
Hari kedua. Bangun pagi,xmandi lg dah buat kerja

Hari kedua. Bangun pagi,xmandi lg dah buat kerja

Hari pertama. Sambung2 titik je. nampak mudah tp bg diorang susah kot

Sampai tertonggeng2.
Hebat Fateh!!