Wednesday, November 27, 2019

Hebat sangat ke Bidang Kerja Aku ni ??****

Alkesah..
Arini dah masuk 3 hari aku cuti tiba2 sebab Salahuddin sakit. Jadinya ambik la cuti dan nasib baik bos aku ok. Nak jdkan cerita, disebabkan bnyk masa senggang, aku bru je lepas baca short story dari seorang cikgu di fb. Katanya dia bru lepas operation, dan sanggup dtg sekolah semata2 nak mengajar anak murid nya. Dan dia cerita kan lg betapa dia x sanggup untuk tinggalkan tugas nya waktu dia cuti sakit.

Aku cuma terfikir xsalah kalau kita nak cerita mcm tu tp jangan ingat kerja sebagai cikgu sahaja yg sangat hebat dan penting. Kalau difikirkan balik, kerja sebagai seorang nurse/jururawat/doktor/kakitangan klinik/hospital pun hebat dan penting jgk. Kalau x ada diorang pening hospital/klinik nk layan kerenah pesakit. Diorang pun kalau nak ambik cuti mesti berkira2. Sedangkan anak sakit pun kadang tu xdpt nk jaga sendiri demi tugas.

Kerja jaga kuanter depan/help desk. Mudah kan kerja tu. Siapa kata susah. Tp ingt kalau x ada diorang ni payah jugak. Org pos dtg nak serah brg,org kol nak tnya mcm2 x berangkat. Last2 kena ada org gantikan tmpt dia kalau diorang ambik cuti. Lepas tu yg gantikan tempat tu mula la bersungut ambik cuti lama2 la. Tp kalau keadaan mendesak,mmg terpaksa la. Sebab tu pun kita ni diberikan cuti oleh majikan.

Keje sebagai seorang sapu sampah di jalanan/tukang angkut sampah. Nampak senang kan tp cuba kalau org2 macam ni cuti. Xlama dlm sehari/2 hari. Mesti bertimbun dah smpah tu kat situ.

Pada aku xperlu lah kita nak merasa diri kita ni tersangat hbt dan tersangat penting dgn kerja2 yg kita buat. Buat kerja kerana Allah taala. InsyaAllah kita akan dpt kemanisan nya. Kerja la apa sekali pun, semua tu sngt penting, sangat bermakna dan sgt hebat.

Ok la done membebel. Budak kecik ni oun dah bergolek sana sini atas katil hospital ni. Jatuh pulak dia karang.

Bye2

No comments:

Post a Comment