Friday, October 30, 2020

Scammer / Debt collector 03-27278775

 Assalamualaikum.


Ok harini baru aku nak tulis pasal 1 benda ni. Dah lama dah kena kacau dengan nombor hp aku ni dari dulu dan rasanya kalau buat laporan polis pun mcm xjd apa ja kot. sbb bila search pun memang ramai yg kena. 


Mula2 dia kol, sebut nama aku salah. Lepas tu dia kata dari aeon credit card yang memang aku x pernah terlintas nk apply atau guna sbb aku tau aeon kredit card ni mmg mcm ahlong. Tak berminat. Lepas tu dok hantar2 msg bgtau polis nk dtg rumah la, nk hantar notis serahan tangan la. Macam2. 


Ini adalah nombor yg dia pakai : 03-27278775. Ni fix lined la. Kalau nombor hp, ada byk dia pakai.



01548770098
01595079124
01548770098
01548771016
0182715066
0192603767
0192964277
0162804697
0327278775
0167655982
0132647605
0132071678
0193206818
0182727293

Bila search mmg ada yg bagitau debt collector. Cuma tak dpt dipastikan scammer atau x. Ada yang tulis kat situ cerita dia mmg lebih kurang mcm yg aku dpt. Dan aku penah la kol sendiri Aeon Kredit card ni. Dorang bgtau, dorang xda la kol mcm tu. Aku ingt lagi sebelum ni dorang guna nombor hp. Tp sekarang dh bijak sket kot. Aku sertakan link website yang aku jumpa dan screenshot msg yang aku dpt

https://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0327278775

https://www.shouldianswer.net/phone-number/+60327278775




Bila selalu sgt dpt mcm ni. Aku smpai terpikir, aku ni dah tukar nama ka. huhu. harap dpt la SPRM tangkap company yg buat ni. 


Saturday, May 2, 2020

Salahuddin patah tangan !!!

Alkesah, waktu PKP 1, Salahuddin jatuh dan patah tangan. Kena operate. Tapi time tu dia batuk dan selsema jadi terpaksa tangguh dulu. Lepas seminggu dah setel batuk selsema, baru la operate untuk masukkan K-wire. 
Lepas je operation dia mengamuk sakan. Memang semua org terkejut la sbb slalu nmpk dia ok je baik kan. Sampai nak drkat maghrib baru dia slow down sket. 
Esok nya, dia masih xboleh balik lg sbb tekak dia nmpk merah dan ada bunyi2 kahak sket. Tp oksigen kt hidung dh boleh cabut. Lusa tu masih di hospital kena buat xray lg skali nak tngk ok ke x. Tulat, bru la dpt balik. Kesian jgk tngk tangan jd gedabak besar. Mcm iron man dah. Tp ok la. 
Lepas 2 minggu, kena jumpa doc balik dia nk tngk jahitan dan tukar pembalut baru. Lepas tu lg 2 minggu baru dia suruh dtg balik utk cabut k-wire tu. 

Dan harini, 30 April 2020 Salahuddin dah boleh buang k-wire tu. Ada video tu. Sapa2 ngeri/nyilu jgn tengok ya. Yeay!! Setel sampai PKP 4 tu hal dia saja. 😅 Lega dah dapat bukak. Lepas ni lasak la lagi ya

Tq @faridnazmi113 selaku 'agen ali' agent insurance salahuddin. Semua ditanggung. Siapa2 yang nak ambil insurance dengan dia boleh ambik. Terutama anak2 yg ada G6PD. Sepanjang masuk ward waktu PKP tu mmg malas dan rasa ssh sangat nk kluar beli makanan. Nasib baik prudential support makan utk anak dan ibu. Alhamdulillah rezeki. 

Tuesday, March 10, 2020

Fateh dan Train ETS baru !!!

Alkesah,

Wan ajak Fateh g balik Perlis naik ETS. Ambik dari KL ke perlis ETS yang baru tu. Bertolak 8pg. Sampai Perlis dalam 2ptg mcm tu. Luas katanya siap ada mkn. Berbaloi la dgn bayaran nya. Kemain seronok lg si Fateh ni.

Jenis tiket utk Fateh : Kanak2
Jenis tiket utk Mak aku : GOVERNMENT PENSIONERS / ONWARD JOURNEY

Harga Tiket ETS Baru yang ohsem tu :
Harga pergi sahaja utk kanak2  ---- RM125
Harga pergi sahaja untuk warga emas ---- RM158


Train ETS Biasa
Harga pergi sahaja utk kanak2 ---- RM54
Harga pergi sahaja untuk warga emas ---- RM54



Untung la naik yg mahal ada makanan,bantal, wifi, tmpt duduk luas gila. Seronok2.
















Friday, January 10, 2020

Fateh Chicken Pox

Perut naik sikit dah. Gambar 1st day petang

Muka pun dah naik. 1st day ptg jgk

Ni la yg bahaya kalau pecah. 
Al-Kesah

Nak jadikan cerita. Minggu pertama bukak sekolah semua berjalan dengan lancar. Minggu kedua, hari Isnin dapat info kata semua cikgu2 PASTI di kawasan WangsaMaju cuti sebab keracunan makanan. Hari selasa, Alhamdulillah dah boleh sekolah. Masuk Hari Rabu, lepas mndi tu nampak Fateh tergaru2 bontot. Bila check tngk2 ada isi air dlm tu. haihh. 

Ayah dia kta mgkn Chicken pox ni. Hntar la kt rumah mak. Petang tu baru start naik dekat muka, bdn, kaki dan tangan. Sekali pekej demam. Esok tu ayah dia bg ubat suruh mkn 5 kali sehari, 5ml. Nasib baik jenis yg suka mkn ubat. Sedap katanya. Selama 30 tahun hidup baru first time tau chicken pox ni ada ubat.

Lepas dah 2 3 hari mkn nampak dah ok dah. kecut dah semua air2 tu. Alhamdulillah

Bila nak sapu ubat tu agak liat sikit. Tapi ckp kat dia,lepas sapu je mak ambik gmbr. Terus nak. dpt la snap beberapa gmbr. 

Ubat2 yg ayah dia bekalkan. Sekali dgn calamine lotion