Alkesah, bulan Jan 2022 mak ayah nak belanja makan pagi di hotel element di KL. jadi aku pun booking la bilik 1 malam je kat situ pastu aku booking 1 malam kat intercontinenal. sebenarnya aku x sure sangat jauh mana jarak nya waktu ni. main booking je.
Sebab utama aku booking intercontinental asal nya adalah sbb fateh saudin ni suka sangat bath tub. jadi sebab tu la booking situ walaupun dalaman dia mcm design hotel lama.
Hotel element:
1. design dalaman sangat lawa.
2. ada disediakan pinggan,cawan,mangkuk,microwave,free flow coffee di tempat makan dia sampai 9mlm.
3. ada kolam,gym tapi xada bath tub. kalau nak, kena booking bilik upgrade sikit la
4. untuk sarapan pulak. biasa sahaja. x bnyk sgt pilihan. tp ok.
5. parking berbayar.
Hotel intercontinental
1. lintas jalan je dgn hotel element ni.
2. ada bath tub utk semua bilik
3. design lama
4. standard hotel.
5. makan pagi sangat bnyk pilihan mknn sampai tak tau apa nak makan. tp mmg berbaloi.
6. ada gym. kolam xsure sbb x pegi pun. diorang ni lagi suka bath tub.
7. parking free klo tido situ.
so itu je la review aku. apa2 pun lepas ni boleh la tdo hotel lagi.