Fateh dengan salahuddin ni aku hantar ke sekolah sebab nya aku kerja. Suami pun kerja. Nak jadikan cerita, ada salah sorang budak dekat sekolah tu positif. Jadinya salahuddin ni aku x tau la dia positif waktu tu sbb dia x dmm. Cuma dia kta 'Mak, saudin penat la'. Dari hari jumaat. Dia kta penat. Masuk hari isnin, waktu tdo malam tb2 dia batuk kuat dan demam kuat. Tekejut la jgk. Trus ambik neb,bagi makn ubat semua tdo balik.
Pagi tu cikgu msg bgtau ada budak positif kt sekolah dan mntk dorang ni buat swab. Jdnya bila buat mmg ye salahuddin positif. Tp fateh negetif. Alhamdulillah. Pegi kkkl, dan dua2 kena pakai gelang pink. Disebabkan saudin positif, jdnya dia kena bwk ke cac. Fateh pulak negetif, dia kena buat 2nd swab di kkkl jgk.
Utk saudin, bwk jgk la ke cac. Punya la ramai manusia situ. Pastu ingt dh boleh cabut gelang tu rupanya kna tnggu lg 2 hari baru boleh cabut. Lepas 2 hari bwk la ke cac balik dan dpt cabut. Tp saudin ni positif nya kejap je. Lepas 5 hari dh jd negetif dah. Saudin dpt la surat pelepasan dari cac.
Utk fateh pulak, buat 2nd swab pun negetif dan trus boleh cabut gelang dan dpt surat pelepasan. Tp aku dengan baby plak positif. Jd nya terpaksa la sambung kuarantin. Hrp2 baby xda apa la.
Baby aisyah waktu ni baru nak masuk 4 bulan. Sejak hari pertama saudin kena positif aku dah borong Balm Tasneem 3 bekas. setiap hari aku sapu utk Aisyah (supaya dia xda demam , batuk dan selsema) dan salahuddin (supaya dia x melarat2 batuk tu)
Alhamdulillah saudin mmg sekejap je batuk. Dia batuk kering sekali cirit la. Demam tu xda la mslh sgt. Bagi je ubat demam. Aisyah pulak, dia demam selama 2 hari tp xda teruk. 37 je bacaan nya. dan alhamdulllah xda batuk kuat. sikit sangat batuk. syukur.selsema pun xada. cuma cirit membawak smpai ke 5 hari. kesian dia. aku bg susu badan, aku ambik vit c, aku bagi dia air pakai syringe.
Aku pulak bila kena batuk mmg kuat gila. Berkahak dan bnyk kahak. Sakit tekak melampau Time ni mmg minum air suam bergelen2. aku x tau la berapa kali topup botol air yg 3 liter tu sehari. dan aku rasa memang betul la saranan dan nasihat dari menteri kesihatan kita waktu ni Dr. adham baba. dia suruh minum air suam tp nitizen dok kecam dia kata menteri air suam. serius klo korang kena covid, minum la air suam/air bnyk2. kalau x korang mmg akan rasa kering gila. lepas beberapa hari sakit tekak pun hilang. Deria baru dan rasa start hilang. Tp syukur selsema xada.
Alhamdulillah kami x kena yang teruk2. Kami sudah bebas covid dan syukur mak ayah banyak membantu.
1st day pakai gelang. Asek nk suruh cabut je
Untuk hilangkam bosan dia. Pasang utube suruh dia tracing abc.
Waktu dkt cac. Punya ramai org dan waktu ni dia dah negetif
Terpaksa la raya dgn atok dgn wan je. Dah mak nya korontin.
Alhamdulillah benda ni sgt mmbantu utk spray kt tekak tu supaya x sakit. 2 hari setel. Tq Klinik Hero wangsa maju.
Hari2 ambik. Tq jgk Klinik Hero wangsamaju. Selain dari tu ubat demam, selsema, batuk semua la ambik dari situ. Huhu
Surat pelepasan utk fateh
Baby aisyah pulak positif