Monday, April 20, 2015

Batuk & Pendarahan Ketika hamil

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..Akhirnya dpt juga aku merasa rezeki utk mengndung. Pada bulan 5, 2015 aku disahkan mengandung oleh doktor di klinik mediviron wangsa walk..disitu ada kemudahan ultrasound scan.pada waktu ini baru nampak kantung nya sahaja..sebab bru 5minggu. Alhamdulillah aku xmengalami sebarang mabuk2/alahan apa2 pun.klo org tngk pun mcm xmengndung je..tp dugaan Allah bagi berlainan utk hamba Nya.

Masuk minggu ke 7, aku mengalami batuk yg sangat kuat, demam dan selsema. Satu pagi, batuk tersebut telah menyababkan berlakunya pendarahan. Aku jadi sgt risau. pergi ke klinik, doc cuma kata itu perkara biasa yg berlaku pada kebanyakan wanita mengndung.jadi dia cuma bagi ubat batuk,selsema dah antibiotik utk hilang kan demam aku tu..

Selama 3 hari makan ubat tersebut.. Aku mengalami pendarahan yg agak bnyk.kadang2 keluar berketul. sebijik macam period.hati dah mua risau..SMS akk sepupu..dia ni doc pakar sakit puan.dia suggest makan ubat duphaston. memandangkan klinik gomen dan swasta yg aku pegi tu xbg..jd terpaksa laa mntk husband belikan kt farmasi..rege nye MasyaAllah..mahal sgt..

Tapi lepas dah beli ubat tu...rasa ragu2 plak nak makan..sebab husband kata..xperlu makan..jd nya rasa berbelah bagi..last2 mlm tu solat istikharah..sebab dah buntu sgt apa nk buat..esok pagi tu..tb2 terdetik hati macam nk hold dlu ubat duphaston tu and stop terus ubat2 yg doc tu bagi..ubt demam,selsema dan antibiotik.bila petang tu, nampak darah yg keluar makin sikit..syukur sgt..walaupun masih berdarah..smpai laa 2 hari selepas tu..masih lagi berdarah tp makin sikit..pegi lagi klinik..doc tu kata i'm sorry..dah gugur.tp dia xbuat pun scan apa2..dia kata dtg lagi esok..esok bru kita scan.


Tp dlm hati xpercaya..masih pikir janin ni selamat lg..sebab penah bca kt macam2 blog..kata nya klo gugur..sakit perut memulas2..tp ni xda plak rasa mcm tu..Esok nya pegi la scan..doc tu terkejut..ehh still ada lg your baby..so dia kata xperlu risau apa2..just continue folic asid n vit2 lain..2 minggu jgk laa MC..xpegi kerja..mujo laa dpt bos2 yg sangat memahami..masuk minggu ke 2 tu darah dah hilang tinggal kuning2 je lg..makin lama makin kurang dan akhir nya keluar laa mcm biasa.keputihan tu..Alahamdulillah..sujud syukur..rasa sgt2 bersyukur..Allah msih lg bg peluang.

Harap2 lepas ni xda laa komplikasi apa2 dah..harap bdn ni sehat..baby dlm perut ni pun sehat je..membesar dgn elok..ibu2 kat luar sana.. nasihat aku laa..jgn stress melampau..mmg btl stress mmg membahayakan baby tu..dan lg 1 rehat laa btl2 bila jd macam tu..ubat dia mmg rehat je..jgn bnyk bergerak...mujo laa dpt suami yg baik..jenis membantu..langsung xbg buat kerja apa2..baring je laa 2 minggu tu smpai rasa bosan..dia pasangkan youtube laa crik muvie kt internet laa..soh membaca laa.aslkan ddk atas katil..kesian inchik suami ohsem tu kena iron baju sendiri..g kerja pun xleh anta kt pintu..hmm tp Alhamdulillah xlama..Allah duga 2 minggu lebih sikit je..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
To be continue ... Tajuk : HB rendah??!!!