Thursday, April 25, 2019

Fateh dan Buku2 nya


Alkesah.. 

Fateh kena masuk sekolah awal 1 tahun sebab lahir 1 jan. Jadi nya masuk la dia ke sekolah. Tapi waktu ni alhamdulillah dia dah kenal huruf dan nombor. Kesah nya aku dah lama dok perati 1 buku ni Mummy hana. Dah masuk bulan ke 3 gaji baru la aku beli. Berkira2 jugak nak beli sebenarnya sbb mahal jgk RM69.

Waktu aku beli ni dia umur 2 tahun lebih. Awal2 bila tngk dia dok main tekan2 je buku tu xpa la aku biarkan je. Lama2, aku pun soal jawab ngn dia..'mana buah tembikai?'..then dia tekan. Betul plak tu. Dari situ dia dh pandai dah abc,nombor,buah2an, dan kenderaan. Alhamdulillah. cepat belajar budak ni.

Masuk je ke sekolah, cikgu slalu bg kerja2 yg dia dh buat kt sekolah. Dari situ aku dok tengok la apa aktiviti dia. Rupanya dia kena sambung2 titik,mewarna, kenal2 huruf dan mcm2. Jadi 1 hari ni aku aim nak crik buku mewarna je sebenarnya sbb tngk gaya dia x reti mewarna. Pegi la ke Aeon Big Wangsa Maju. Situ, aku tngk buku2 tu ada la 2 buku ni yg mmg bagus pada aku la. So rembat la 2 buku dan 1 buku warna. Rm2 je buku warna tu. Buku lg 2 tu rm 8.99.. Mahal sikit la tp mmg tebal dan bagi aku puas hati.

Aku bli kan jugak 1 lapik keras utk senang dia tulis2 dan x tembus. So malam tu balik je rumah aku x sabar nak tngk dia buat kerja. Nasib la jenis mau buat kerja.

Ni la beberapa gmbr hasil dari bukur2 yg aku beli tu. Btw, buku mummy hana tu aku bukan agent. Kalau nak beli, boleh je beli dekat Shopee.

Gambar ABC ni pulak cikgu sekolah dia bg. Untuk kerja rumah la.. Membaca di rumah. Aku amik ni tampal kat dinding. Soal kat dia setiap kali lalu situ. Awal2 ok la.. Bila dh smpai bawah, dia nampak malas, pastu bercelaru. hhaah FAteh..Fateh.. cepat sangat bosan.

 Salahuddin pun nak jugak pegang pensel..kita bg je la.
Buku beli dari Aeon Big
Hari kedua. Bangun pagi,xmandi lg dah buat kerja

Hari kedua. Bangun pagi,xmandi lg dah buat kerja

Hari pertama. Sambung2 titik je. nampak mudah tp bg diorang susah kot

Sampai tertonggeng2.
Hebat Fateh!!

No comments:

Post a Comment