Tuesday, June 21, 2016

Scam : Bertanya untuk menyewa rumah/kedai dan sebagainya



Harini nak ctr skit laa pasal scammer. Dalam dok nak mencari penyewa untuk rumah kedai, tb2 ada laa tersesat scammer sorang ni.. Inchik suami buat laa iklan dekat mudah(mmg banyak scammer). Tak lama lepas tu, dpt 1 msg dekat hp dia, nak sewa rumah kedai tu..please send details through email. Jadi inchik suami pun email laa kat dia gmbr kedai. Dalam dok berbalas email tu, dia dah rasa mcm scam..tp still dok bertanya2 la..






1st email dia (Scammer),


Hello,
Thanks for getting back to me. I am a simple, cool and non-smoker
lady. I am willing to rent the unit as I am at sea at the moment as i
am a Coastguard Agency employee in USA but i was Born and brought up
in Phang Nga, Thailand. I am coming to study and I will work part-time
down there but due to the nature of my work, phone calls making and
visiting of website are restricted. I only squeezed out time to check
this advert and send you an email regarding this. i am ready to rent
it asap so tell me how much is the rent/share per month and how much
deposit do i have to pay. Please send me more period you wish to rent
this out, I have attached my photo with this email for you to have a
view of me.
Looking forward to read back from you soon
Regards
Sujira.








Email reply (Inchik Suami)


Hi. For your info, this is a shop office unit, not a residential unit. In other words, it is meant for setting up office or shop.

May i know, where do you intend to study? What course? Any financial support for your study? E.g. any scholarship or parents support.

Thank you




2nd email dia (Scammer),


Hello,
I understand it is not residential, I need it for office.
I will be working as assistant Lecturer in the same school where I
will be studying at the Universiti Kebangsaan Malaysia.
I have enough money to take care of me and my study so I am not coming
for scholarship support. Please reply my last email as regards the
rent + deposit payable.

Best regards


Email reply (Inchik Suami)





Hi Sujira,






At the moment, the owner asks for rent RM 1900 per month (to be paid on the 1st of each month). Deposit 2+1, which means 2 months rental + 1 utility (Total deposit RM 5700).






If you agree, can you provide us with further details for verification purpose:


1) 1 passport copy


2) Letter from your current employer (Coastguard Agency)


3) Offer letter from Universiti Kebangsaan Malaysia regarding employment as assistant lecturer


4) Working permit


5) Details on your business, including SSM registration document



Thank you.












3rd & 4th email dia (Scammer),





Thanks for the details, I am satisfied with the cost and am willing to pay for it via paypal to send me your paypal information for me to make the payment or go to www.paypal.com to create a free PayPal account if you do not have PayPal account already.


Send me the total amount to pay now. (rent + deposit)


Kind Regards,


Suj.






Hello,


I already have study visa and permit to study and work for 2 years in the Malaysia but my passport copy which is attached here for you is the only document that I have here available here in this ship for now. All other documents will be sent to you as soon as I get back on the land.


Best Regards,
















******* Time ni inchik suami tengah wasap2 aku ctr pasal hal ni..disebabkan aku ni jenis suka menggugel, aku pun try laa crik nama company tu Coastguard Agency employee in USA. tiba2 keluar laa sebijik sejebon ayat2 dia tulis tu..






https://www.scamwarners.com/forum/viewtopic.php?f=39&t=27314


http://www.scamdex.com/ScamTipReports/10589






cara yang sama..mula2 sms, mntk emailkan details, pastu trus ckp nak rent pastu transfer duit..pastu kata akn ada brg sampai..brg apakah??dadah ke??klo ye dadah habis laa






Last2 inchik suami balas email dia mcm ni..nk tau jgk apa dia balas nnti..










Email reply (Inchik Suami)









Sorry i have rented it to someone else. Unless you can beat his offer of rm20,000 per month.






Beware semua..apa2 selidik dlu..hampir2 nk call UKM nak tanya pasal student nama ni..tp dah tau mcm ni..xyah call la..mmg xkan ada punya dalam data UKM tu.tp xtahu laa UKM boleh bg info atau x. Aku saja ja copy paste ayat2 tu masuk dlm blog sebab bila org search akan senang jumpa..klo pakai screenshot tkt payah plak nk jumpa..

Saturday, June 4, 2016

Cerpen pendek : Pengalaman silam mengajar erti sebuah kehidupan

*Cerita ini x ada kaitan dengan yg mati..baru cuba2 nak berkarya..cewah

Suatu hari, aku(sabariah) dapat panggilan dari bos aku untuk pergi ke Pulau pinang. Network di cawangan sana down. Aku diarahkan pergi bersama officemate aku(fatimah) yg juga seorang single mother. Disebabkan dia juga perempuan,maka bos aku meminta aku utk menemani beliau ke sana kerana kami akan menaiki kereta company@kereta jabatan bersama seorang driver lelaki(Ahmad). Disebabkan arahan ini sangat urgent, kawanku terpaksa membawa anaknya bersama2 kami dan apabila sampai di Juru,dia akan meminta ibu tiri nya menjaga sebentar sementara dia bekerja. Kerja disana tak lama sangat..mungkin kalau ikutkan lebih kurang 30min sudah siap.

Sepatutnya boleh bergerak dalam jam 2ptg. Tapi kawanku meminta Ahmad untuk mengambilnya di rumah memandangkan dia hendak membawa anak. Dan kemudian aku dikabarkan bahawa driver tersebut mahu mengambil aku di rumah. Jadi aku tak perlu dtg ke office. Aku pun mengiya kan shj. Tapi sebenarnya bkn aku yg menyuruh driver mengambil aku dirumah.. xpernah keluar dr mulut ku..dan aku pula pada perancangan awal mmg hendak bawa anak dan ibu. memandangkan anakku kecil lagi,jadi memerlukan juga org untuk menjaga nya sementara aku bekerja. tetapi kami berbelah bagi samaada mahu bawa atau tidak. jam sudah menunjukkan jam 4.30ptg..kami masih lg belum bertolak ke sana. Aku pkr jika bwk ank,smpai sana jam brp pula. Akhirnya aku buat keputusan tinggalkan ankku bersama org tua ku di kuala lumpur.

Pada masa yg sama aku diberitahu bhw driver juga mahu membawa isteri dan anak2 nya ke sana..sebelum mereka sampai di rumah aku, aku whatsapp rakan sekerja ku utk bertanyakan berapa jumlah org dalam kereta tersebut. Dia memberitahu aku bahawa ada 5orang dewasa,5orang kanak2. Puas aku fikir knp boleh sampai 5org dewasa..tp xmengapa..tnggu mereka sampai bru tahu jawapan.. jam menunjukkan 5ptg. Akhirnya org yg ditunggu2 telah tiba..rupanya driver tersebut bukan sahaja membawa isteri dan anak2..tetapi juga membawa adik iparnya 1 keluarga..Bermaksud,adik iparnya,suami dan 2 org anak mereka..jadi betullah apa yang kwn ku beritahu.

Kami meneruskan perjalanan sehingga rawang. Sampai sahaja disana, kami singgah di rnr rawang kerana mereka hendak bersolat. Aku sudah pun menunaikam kewajipan ku sebelum bertolak tadi. Anak2 mereka bermain dengan gembira di rnr tersebut. Adik ipar driver belanja aku air nescafe panas 1cawan. Aku dlm hati dah berkata2 alamak kenapa blnja ni..macam rasuah plak..tp xapa laa..abaikan nnti aku byr balik.

Sesampainya kami di Juru, fatimah menghantar anaknya ke rumah ibu tiri nya dengan bantuan driver tersebut. Kemudian kami terus ke destinasi kami. Sampai sahaja di p.pinang, driver membawa kami ke padang kota lama untuk makan malam. Pada masa itu jam sudah menunjukkan pukul 1pg. Perut aku memang xboleh trima mknn tp untuk elakkan lapar, aku pesan juga mee udang. Seperti jangkaan ku,mmg tak habis.

Selepas makan,kami terus ke hotel. Chck in disana dan aku pesan pada driver, esok pagi aku akn bersarapan di hotel memandangkan company aku hanya akn membayar claim jika ada resit. Tetapi fatimah akn ikut driver bersarapan di luar bersama2 keluarga nya. Sampai sahaja di hotel, pada jam 1.30pagi aku terus teringat pesanan bos aku. Nanti u sampai sana,msg I tau. Jadi aku pun taip la msg kepada dia utk inform baru sj sampai dan kemudian memberitahu keluarga ku bhw aku sudah selamat smpai.

Esok pagi, aku dpt msg balas dr bos aku..seperti jangkaan ku, dia bertanya dgn nada hairan.knp terlalu lambat sampai. Aku kata xtahu juga mgkn kami bertolak agak lwt. Selesai saja mndi dan bersiap,aku trus turun mkn di hotel. Aku sempat msg fatimah bertnyakan keadaan dia..dia kata dia sudah kol & msg driver tp malangnya xada jwpn.jadi utk tidak melengahkan masa,aku trus mengajaknya mkn di hotel dan aku belanja.kerana aku tahu mslh kewangan yg dia hadapi.

Semasa bersarapan,kami dpt panggilan dr driver yg mengatakan dia bru saja bangun. Kami kata xapa..kami dah sarapan dan trus saja hntr kami ke pejabat. Sampai saja disana kami trus buat kerja2 kami dan sempat lagi bertanyakan dimana pasembur plg sdp di situ.dari jam 9pg smpai lah 12 tnghari.. akhirnya kerja kami selesai. Alhamdulillah..berjaya. jenuh juga apabila pertama kali kami lakukan

Kami trus hubungi driver utk ambik kami dan bole trus balik ke kl. Dlm masa 3 min driver smpai, dia bgtau kita akn singgah mkn di nasi kandar line clear.rasa nya tmpat famous. Slps mkn,kami ingt boleh trus pulang tp ada stop pula di jeruk pak ali tetapi aku dan fatimah tidak turun. Kami menjaga kereta sebab tiada tempat parking. Selepas mereka habis membeli, driver bgtau kita akn ke bukit bendera. Bila dengar mcm tu, aku trus kata mahu naik tren balik sebab cpt sampai tp sebab dia janji tidak lama disitu..ambil gmbr,balik. Jadi disebabkan aku percaya pada org, aku turut pergi kesana.. Rupanya2 keluarga driver sudah terus beratur di kaunter cable car. Aku dan fatimah seperti terpinga2 krn apa yg dijanji kan lain yg dibuat. Kami trus senyap xterkata apa.

Jam menunjukan 3ptg. Bos kami dah call&msg kami hampir 3 kali bertnyakan dimana kami berada. Kami masih lg di bukit bendera. Tp x bgtau sbb kami masih lg kesian pada driver. Selepas itu, kami singgah di kedai pasembur kerana mak aku teringin sgt pasembur. Alang2 dah smpai,aku singgah la beli. Kemudian kami trus balik ke kl. Kami berhenti rehat di rnr gunung semanggol. Makan,bersolat dan kemudian kami bergerak balik. Sampai di kl pada jam 11mlm. Esok pula kena kerja. Ya Allah. Kuatkanlah aku..

Esok nya di pejabat, aku berjumpa driver face to face. Aku nasihatkan dia elok2..aku kata xsalah nk bawak anak isteri.tp knp mesti bwk adik ipar sekeluarga. Dia kata sbb adk ipar dia nk ikut. Aku kata lg, knp x pergi bukit bendera ketika kami sedang bekerja.. lebih menjimatkan masa. Xperlulah kami menunggu bagai org bodoh disitu. Dia tidak ada jawapan utk itu. Aku beritahu, kalau balik naik tren pun smpai awal..Driver itu sedikit pun xkeluar perkataan maaf dr mulutnya malah dia berkata dgn angkuh nya..haa lepas ni naik sendiri je la..

Aku fikir dia bole terima nasihatku itu. Tapi rupanya tidak..dia msg pula fatimah. Katanya 'jika ada lagi Sabariah tu nk naik skali dgn aku,aku xnak.kalau nak naik dgn aku. Kena ikut cara aku. Dia bukannya staff disini, dia menumpang je dlm kereta tu. Knp nak kecoh2 sgt. Kalau aku tahu,baik aku tinggalkan je dia dekat sana.' Fatimah pada awl nya tak mahu menunjukkan msg tersebut pada aku tetapi memandangkan msg itu sgt kurang ajar, dia tunjuk juga. Kemudian aku muhasabah diri ku sndiri. Adakah aku menumpang?kerana aku pergi sana seperti diarahkan.siapa yg sebenarnya menumpang?aku yg menumpang atau ipar duai nya yg menumpang?kena ikut cara dia?kenapa xbgtau awal2 tu undang2 nya.sbb aku mmg pada awalnya nk naik train. Nak tinggal kan aku dkt utara?bagi aku x ada masalah. Aku sgt ramai kwn2 dan keluarga di kwsn utara.sebut saja di mana..memang ada.lagi pula aku penah melanjutkan pelajaran di kswn utara juga.Aku pun org berilmu,tahu membaca.xkan susah utk balik sendiri. Mungkin driver fikir,dia sgt2 penting.

Pada hari itu juga di pejabat terlalu banyak system error yang perlu aku selesaikan. Tapi aku tak dpt fikir dgn waras mungkin sebab aku terlalu letih dan otak jam. Mujur lah ada officemate lelaki. Walaupun dia bukan muslim, tp sangat baik dan membantu aku menyelesaikan nya.

Keesokkan nya, bos kami panggil dan bertnyakan hal di penang. Segala nya ok xada mslh. Dia tnya kenapa lambat smpai penang dan knp lmbt smpai di kl. Nak x nak kami terpaksa juga cerita apa yg jadi. Kami pun xtahu laa apa yg berlaku selepas itu kpd driver. Mungkin juga kena nasihat dgn bos2 kami. Bagi aku, perkara biasa jika seseorang itu buat kesalahan, dia dinasihatkan/dihukum atas kesalahan nya. Kerana aku sendiri banyak buat silap semasa kerja dan dihukum oleh bos2 aku yg baik hati itu. Selepas seminggu berlalu, tiba2 fatimah terjump sesuatu dari FB. Isteri kepada driver tersebut ada meluahkan perasaan marah nya.

Mungkin bagi mereka itu adalah perkara kecil dan xperlu mengadu. Sedangkan kami ni sgt mementingkan masa. Kami kesana bukan utk bercuti, bergembira. Kami ada tugas kami. Kami balik ke kl pun kami ada tugas kami. Jika kita x bole dgr nasihat org, smpai bila kita nk sedar kesalahan kita. Lagipun xpernah terlintas difikiran aku utk menjatuhkan sesiapa. Knp mesti aku nk bermusuh dgn driver tersebut sedangkan kami bukan nya sama company. Langsung x ada kaitan. Dia pekerja kerajaan. Sedangkan aku pekerja swsta. Kalau btl aku nak jatuhkan dia, nk tutup periuk nasi dia, untuk apa?Sedangkan kita semua tahu, pekerja kerajaan mmg susah nk dibuang kerja..perangai teruk mcm mana pun still boleh kerja. Ingat swsta boleh ke buat mcm tu???
Tolong lah..benda2 mcm ni jgn libatkan agama.."Kami tau kami ada Allah". Muhasabah diri balik. Betul ke tindakan kamu tu?


Yang ni pula antara komen2 2 beradik yg naik kereta bersama2 kami.. Mungkin juga driver tu x jujur dgn isterinya.. xcerita benda btul pada isterinya apa yg berlaku. Baru2 ni kami dapat tahu, bos2 atasan langsung xda kecoh pun hal ni. Cuma Bos aku kata lain kali dia memang xnak naik dgn driver ni sebab nya sebelum2 ni pun bnyk jugak masalah dia penah buat. Hanaya orang yg dah lama bekerja disitu je yg paham perangai driver ni.

Kata2 ini sgt bermakna buatku..

Ingt kan isteri dia sahaja yg post pasal kemarahan nya tetapi adik iparnya yg menumpang pun ada post juga. Menumpang tp masih tak sedar diri menumpang dan anggap org lain yg salah.

Tiba2 mereka2 yang xtahu asl usul cerita,bole komen macam2 diantaranya





Tahun lps aku kena sebab aku slalu backup rkn sekerja ku..dia slalu dtg lambat..skrg aku berjanji akn berckp benda betul supaya aku xrasa lg bersalah.tiba2 aku rasa berasalah jgk. Kerana aku dituduh menutup periuk nasi org. Aku pun jadi x faham mengapa apabila ssorang itu buat salah,kita tak boleh nak membuat sebarang aduan?adakah kita perlu hanya lihat angguk dan terima sahaja kesalahan tersebut?  Kesian semua yg bertudung labuh. habis reputasi semua. Aku tahu mmg xsemua yg pakai tudung labuh berhati mulia dan semua yg x bertudung tu berhati jahat. Tp kena ingat, Allah mewajibkan kita perempuan untuk MENUTUP AURAT. Jika tudung yg dipakai x menutup aurat, adakah kita dah menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya? Muhasabah diri balik. Aku hanya mengharapkan mereka yg memberi komen di laman sosial tidak terburu2 untuk komen tetapi bertanya lah dulu ada mslh nya..n mengapa dia buat demikian. Nak tengok jugak dia balas mcm mana lepas ada org tnya apa yg dah jd..tp hampa..semua yg komen langsung xbertanya KNP..

Sunday, January 3, 2016

Ditahan di NICU hospital selayang

Alkesah..

Hari ni nk bercerita pasal baby kena tahan dekat NICU Hospital selayang seperti yg dijanjikan dlm entry b4 ni. Lepas je bersalin, baby kemungkinan g6pd sbb aku adalah g6pd carrier, dan mmg dorang akn simpan baby g6pd selama 5hari kt hospital utk pantau kuning dia..sebab baby ni resiko tinggi utk kuning. Aku dah dpt kluar dr hospital tp baby xlg..kena laa ulang alik dr rumah ke hospital.

2nd day,kuning dia dah cecah 200..mmg sgt tinggi..trus kena tolak ke nicu tngh2 mlm buta tu.amik darah bagai..pg2 esok nya g mlwt dia kt dlm tu..sian..dibogelkan..ddk bwh lampu..xsmpai hati tngk.tp utk kesembuhan dia xpa la..redha jgk.

NICU kt sini oke la..bila2 nak dtg pun dtg la..tp utk ayah2 dorang bg smpai pukul 10 mlm je..kalau mak2 ni xkesah..24jam kt situ pun xapa..lg 1 kat dlm tu dorang sediakan bilik2 utk mak2 yg nk stay situ..ikut kekosongn la..klau ada kosong bole laa ddk situ..kena rajin bertanya kt nurse2 situ..n kena request laa..biasa ada ja kosong.
Katil kt nicu mcm dorm


Hari ke 3 baby kat situ,akhirnya dpt jgk katil situ..oke laa..ada pantry,bilik air semua oke mkn tnghari ngn mlm pun disediakan kt pantry tu utk mak2..cuma mkn pg je xda..kna soh suami bwk laa..bilik utk pam susu pun ada..lengkap la..so bila dpt je katil kat sini..kita bole slalu tngk baby kita..bagi susu bdn semua laa..tkr pampers pun kita buat sndiri semua..

Ada lg 1 bilik nama bilik recovery..bilik ni lg best..sbb baby tu bole tido ngn kita..xyah nk g ulang alik ke tmpt ramai2 baby tu.cuma kalau nk g pantry jauh sikit..dari ujung ke hujung.

Ni bilik recovery


Pasal susu bdn xckup xpa..kat dlm tu dorang ada bg susu formula..tp klo kita dkt bilik ni..semua buat sndiri..panas kan susu tu..bg sndiri..semua laa..pastu kena catat berapa oz kita bg minum,pempers bila tukar..kna timbang pempers tu.mcm2 laa..too details okeh..pastu awal2 pagi doc2 HO akn dtg amik baby2 ni utk amik drh..sian..abih biru tgn dia.pastu dlm kol 9 ke 10pg mcm tu,doc pakar plak dtg wat round..dia laa decide kita bole kluar ke x.

Waktu kluar dr ward tu, kuning fateh 170..balik rumah je jd 189..huhu..risau jugak..tp sedara2 kata try laa mndikan pakai daun inai..jemur pagi..bnykkan susu bdn..pastu try jgk laa susu kambing..tp xoke jgk..anggur hitam pun ada org suggest tp xjumpa crik..ada jgk bgtau klo xnk baby kuning time kita mengndung tu dh minum susu kambing..bru je tau..tu pun lps bersalin..xpa laa ank 2nd nnti tau dah la

Skrg kuning dia dah 92..oke laa tu..harap2 mggu dpn dah setel la kuning dia..paras normal 80..

Saturday, January 2, 2016

Pengalaman bersalin anak pertama

Alhamdulillah tanggal 1 januari 2016 lahir nya seorang mujahid yg cukup sempurna seberat 2.66kg.. Muhammad Al - Fateh bin Azlan nama diberi..sempena kelahiran nya awal thn baru dan juga pembuka kepada permulaan hidup kami sbg seorang ibu dan ayah..

29 disember 2015
- rutin check up mcm biasa kt klinik kesihatan ibu dan anak pasar gombak. Nurse situ kata..kepala baby dah masuk btl ni puan..tnggu masa je dah ni..oke laa balik je rumah trus rehat..sbb rasa nk demam..kat klinik tu punya ramai org.dgn panas nya lg..tnggu dr kol 8pg smpai kol 12 tnghari bru setel..

30 disember 2015
- betul laa tekaan aku..akhirnya mmg dmm jgk..pakej la..demam pnas,seseme,sakit tekak,batuk semua ada.. Pegi laa klinik mediveron kt wangsa walk tu..dia bg ubat biasa2 ja sbb risau kandungn.dia kata klo dlm 2hari xoke jgk bru dia bg antibiotik.balik rumah rest cukup2..

31 disember 2015
- kol 3 pg..tb2 rasa sakit perut sgt2..perut memulas2 rasa nk berak..dlm kepala otak asek dok pkr makan apa laa smlm smpai jd cmtu..g jgk laa toilet nak mmbuang..tp tngk2 xjd jgk..slang 5 ke 10 minit..dtg lg sakit perut tu..sakit tu sama ja..g balik toilet..paksa jgk berak..last2 kuar jgk laa..pastu ingtkan dah lega..rupa nya xlega lg..pastu meses laa inchik suami bgtau dia mgkn ke ni contraction..dia tnya laa selang brp minit ke..sakit kat bhgn mana semua laa..pastu last2 download apps contraction timer tu..mmg 5 ke 10minit akn jd..tp xpa..tdo dlu..esok pagi laa bru bgtau mak ngn ayah..nk ajk g hospital trus.

Pagi tu,bgtau mak..kata rasa sakit kt bwh..mak kata xpa laa sikit2 je tu..pastu btulkan ayat..sakit nk bersalin kot ni..trus mak soh tukar pakai kain batik nk bwk g hspital..tp xtrus g lg..g makan2 dlu..pastu singgah umah mertua kejap..umah mak ngn mertua selang taman je..dekat sgt..dlm kol 11pg bru grk ke hspital.smpai je hospital slayang, diorang tnya sbb apa dtg?ckp laa ada sakit mcm nk berak.tp xleh berak..dia tnya selang brp minit..bgtau kata 5 ke 10min..dia pun seluk tngk dah ada bukaan ke x..tngk2 dah 3cm.

Meses inchik suami..soh bertolak balik dr pahang skrg..sbb dah 3cm bukaan..dia pun mcm xpercaya sbb due lambat lg 21jan..ptg tu dia smpai..dpt warded kat hospital tp smentara tnggu katil kosong kt ward,sempat laa bersembang2 dgn bakal2 ibu yg lain..ada yg dah bukaan 4cm, 5cm..ada tu yg dh baring ats katil tu..meraung2 sakit..sakit..dlm hati dah tkt dh..mcm tu ke sakit nk bersalin..seram plak jadinya.

Mlm tu lepas isyak,doc dtg chck bukaan..still 3 cm xda perubahan..bdn plak panas..sbb demam xkebah lg..nurse suruh pegi mandi..pastu g laa jalan2 sikit kat sekitar2 ward tu..dlm pukul 10 mcm tu rasa mengntuk dah..sempat gugel mcm mana nk bg bukaan cpt bkk..ada yg suggest soh baring mengiring,kaki sebelah lipat kaki sebelah tegakkan a.k.a melunjur..dlm kol 11 cmtu inchik suami masuk ward tu secara senyap2..celik2 mata tngk dia ada kt sebelah..tp xsembang apa la..rasa lapar pun ada..kunyah kurma..rasa nya ada laa kot 10 bijik dah telan.dgn air zam2.tb2 rasa air ketuban pch..trus panggil nurse n dorang trus siap2 bwk ke labour room.

1 januari 2016
-Smpai kt sana,kena tukar baju lain..kat situ plak xleh bwk mknn dan minuman..dahaga sgt2 inchik suami amikkan air kt pantry situ.dorang masukkan antibiotik,bg panadol soh telan.lepas telan je trus muntah.mgkn sbb prut kosong..selang 2jam lps tu muntah lg..sakit contraction xda sgt.

Sampai laa kol 5 pg cmtu rasa dah nk meneran..bgtau inchik suami dia kata jgn lg bukaan xpenuh lg..hmm thn je la..pastu kol 6 rasa sgt2 nk teran..sama jgk jwpn nya..dia soh tnggu doc dtg chck bukaan..last2 dia g solat subuh xlama lepas tu muntah lg skali..nurse yg ada kt situ pgg2 perut sikit..dia kata awak ni dh bole teran ni..saya chck kejap..dia tngk2 kepala baby dh nmpk..apa lg..semua bersedia laa nk smbut baby.nurse kata lg kalau awk pandai teran,sekejap je dh bole keluar ni.

Dorang ajar laa cne nk teran..tarik nafas panjang2 teran..pastu yg kedua curik nafas teran kuat2 lg..tp time nak teran tu,tnggu btl2 time kita rasa nk meneran..klo x kita mcm paksa meneran jd kita akn cpt letih.alhamdulillah 3kali cmtu je teran dah oke..keluar laa baby boy yg sgt kuat walaupun kecik pukul 7pg..katanya 1st baby new year yg lahir normal haritu..tngh2 jahit tu doc tu sempat laa sembang dgn inchik suami sbb dorang penah sama2 housmen dlu kt hospital selayang.xpikir apa dah..pkr nk mkn ngn minum je..tekak sgt kering..suara pun dah xkluar.

Bila dah keluar je baby,rasa lega yg amat sgt..alhamdulillah Allah mudahkan sgt2 saat2 nk bersalin tu..Allah kurangkan rasa sakit nk bersalin tu jgk..kira nya xrasa sakit lngsung laa..mcm stngh org kata smpai nk patah pinggang tu..alhamdulillah syukur sgt2.tp Allah duga benda lain plak..baby kemungkinan g6pd..jd baby kena tahan kt ward selama 5 hari..selama seminggu tu kena laa ulang alik dr rumah ke hspital..next post ada ctr pasal NICU selayang.susu bdn pun xberapa nk ada time tu..rasa down jgk laa seminggu tu..pulak tu lps seminggu inchik suami dah kena balik ke pahang sambung kerja.lg laa sedih dok sorang2 jaga baby sementara tnggu mak balik dr mekkah.

Apapun, Muhammad Al-Fateh dah ckup sebulan dah..ragam dia pun dah bnyk dah.pipi pun dah tembam..semoga dia menjadi anak soleh yg taat pada Allah dah Rasul.. Dan semoga dia menjadi seperti sultan muhammad al fateh sebaik2 pemimpin dan sebaik2 hamba Allah..sentiasa menjaga solat nya walau dlm apa juga keadaan.
Baru2 lahir..fresh dari ladang
Seksi skit..lepas kena ckur..sedap je tdo
Tunggu giliran utk suntik sebulan..makin berubah muka dia.