Friday, June 10, 2022

Kekuatan seorang isteri



Kekuatan seorang isteri itu terletak pada sejauh mana dia mampu bersabar dgn sikap seorang suami...
Selagi dia masih kuat, maka selagi itulah dia masih boleh berhadapan dgn sikap dan tingkah laku suaminya...

Sebenarnya, isteri kita tu dah byk tolong kita...
 
Dari pagi smpai ke mlm, byk perkara yg dia dah mudahkan utk kita...kita cuma perlu kluar mencari rezeki, balik rumah, mandi, makan dan tidur...

Ini kitaran hidup seorang suami...

Tak kena pkir ttg apa yg perlu dimasak, tak kena pkir ttg keje sekolah anak2, tak kena pkir ttg keje2 rumah...sebab? semua isteri dah buat...isteri dah selesaikan satu persatu dari kita keluar pagi sehinggalah kita balik di ptg hari...

Balasannya? 3 perkara sahaja :

1 - Perhatian
2 - Penghargaan
3 - Kesetiaan

Ini yg diharapkan seorang isteri setelah pelbagai pengorbanan yg dia lakukan dlm rumahtangga...sekiranya dia dapat ketiga2 perkara ini, maka dia dah tak perlukan apa2 lagi dah dari suaminya...

Dia tak mengungkit, dia tak merungut, dia tak mengeluh...

Selagi kita sebagai suami mampu bagi 3 perkara tersebut kpd isteri, maka selagi itulah isteri akan terus kuat utk menempuhi hari2 yg mendatang bersama kita...


Tak susah pun kan utk menunaikan 3 perkara tersebut?

Sumber : Firdaus Shakirin

No comments:

Post a Comment