Thursday, March 11, 2021

Kandungan ke 3 yang tak disangka

 Assalamualaikum

Selamat tahun 2021 semua. Selepas kita dikejutkan dengan pendemik Covid pada tahun 2020. Siapa sangka angka yang ditunggu2, rupanya semua kena duduk dalam rumah. Tak dapat nak kluar rumah, xboleh bershopping dengan family, xboleh nak bersiar2 ke mana-mana. Dalam tahun 2020 ni jugak la aku buat full blood medical check up di Klinik Hero. Hasilnya, kolestrol aku tinggi. Jadinya aku kena la jaga makan, diet, eksesais dan lain2. Ye la klo x jaga karang kena strok. Baik kita jaga kesihatan dari awal.

Jadinya dari awal tahun 2020, memang aku dah start diet dan jaga makan. Eksesais mmg x yah ctr la. g keje pun naik tangga ja sbb lift selalu penuh. Sebab nya 1 lif muat 4 org je. Sampai la satu hari, aku dapat naik smpai tingkat 2 je. Memang pelik. Hari berganti hari, tengok2 perut aku makin besar lepas tu pulak berat badan naik. Rasa risau jugak la tp rasa mcm nk buat test pragnent je. 

Minta la upt tu dekat husband, tngk2 mmg positif, xyah teropong2 dh. 2 line mmg clear betul. Terus husband buat scan. Dah ada heart beat dah. Rupanya dah nk dekat 4 bulan mengandung. Memang x sangka dan x berharap untuk mengandung pun kali ni. Tapi dah mengandung, terima je la. Jadinya scan dan checkup macam biasa la. 

Jadinya tahun 2021 adalah due. Bulan April insyaAllah. Tapi kali ni kami decide utk bersalin di hospital swsta memandangkan hospital goverment dorang x benarkan org teman. Hanya org yang nak bersalin je boleh masuk ke dlm hospital. Jadi kami pergi la ke Hospital Naluri. Buat chck up dan segalanya sekali la dengan bayaran booking pada minggu ke 34. Alhamdulillah kami harap tak ada la masalah apa2. 

Tinggal lagi sebulan je lagi untuk bersalin. Semoga semua nya selamat. Doc pulak rajin scan muka dan print plak tu. Kita tngk la nnti muka dia keluar mcm mana.

Jumpa nanti lepas bersalin. Kita sembang pasal Hospital naluri plak.




No comments:

Post a Comment