Saturday, June 4, 2016

Cerpen pendek : Pengalaman silam mengajar erti sebuah kehidupan

*Cerita ini x ada kaitan dengan yg mati..baru cuba2 nak berkarya..cewah

Suatu hari, aku(sabariah) dapat panggilan dari bos aku untuk pergi ke Pulau pinang. Network di cawangan sana down. Aku diarahkan pergi bersama officemate aku(fatimah) yg juga seorang single mother. Disebabkan dia juga perempuan,maka bos aku meminta aku utk menemani beliau ke sana kerana kami akan menaiki kereta company@kereta jabatan bersama seorang driver lelaki(Ahmad). Disebabkan arahan ini sangat urgent, kawanku terpaksa membawa anaknya bersama2 kami dan apabila sampai di Juru,dia akan meminta ibu tiri nya menjaga sebentar sementara dia bekerja. Kerja disana tak lama sangat..mungkin kalau ikutkan lebih kurang 30min sudah siap.

Sepatutnya boleh bergerak dalam jam 2ptg. Tapi kawanku meminta Ahmad untuk mengambilnya di rumah memandangkan dia hendak membawa anak. Dan kemudian aku dikabarkan bahawa driver tersebut mahu mengambil aku di rumah. Jadi aku tak perlu dtg ke office. Aku pun mengiya kan shj. Tapi sebenarnya bkn aku yg menyuruh driver mengambil aku dirumah.. xpernah keluar dr mulut ku..dan aku pula pada perancangan awal mmg hendak bawa anak dan ibu. memandangkan anakku kecil lagi,jadi memerlukan juga org untuk menjaga nya sementara aku bekerja. tetapi kami berbelah bagi samaada mahu bawa atau tidak. jam sudah menunjukkan jam 4.30ptg..kami masih lg belum bertolak ke sana. Aku pkr jika bwk ank,smpai sana jam brp pula. Akhirnya aku buat keputusan tinggalkan ankku bersama org tua ku di kuala lumpur.

Pada masa yg sama aku diberitahu bhw driver juga mahu membawa isteri dan anak2 nya ke sana..sebelum mereka sampai di rumah aku, aku whatsapp rakan sekerja ku utk bertanyakan berapa jumlah org dalam kereta tersebut. Dia memberitahu aku bahawa ada 5orang dewasa,5orang kanak2. Puas aku fikir knp boleh sampai 5org dewasa..tp xmengapa..tnggu mereka sampai bru tahu jawapan.. jam menunjukkan 5ptg. Akhirnya org yg ditunggu2 telah tiba..rupanya driver tersebut bukan sahaja membawa isteri dan anak2..tetapi juga membawa adik iparnya 1 keluarga..Bermaksud,adik iparnya,suami dan 2 org anak mereka..jadi betullah apa yang kwn ku beritahu.

Kami meneruskan perjalanan sehingga rawang. Sampai sahaja disana, kami singgah di rnr rawang kerana mereka hendak bersolat. Aku sudah pun menunaikam kewajipan ku sebelum bertolak tadi. Anak2 mereka bermain dengan gembira di rnr tersebut. Adik ipar driver belanja aku air nescafe panas 1cawan. Aku dlm hati dah berkata2 alamak kenapa blnja ni..macam rasuah plak..tp xapa laa..abaikan nnti aku byr balik.

Sesampainya kami di Juru, fatimah menghantar anaknya ke rumah ibu tiri nya dengan bantuan driver tersebut. Kemudian kami terus ke destinasi kami. Sampai sahaja di p.pinang, driver membawa kami ke padang kota lama untuk makan malam. Pada masa itu jam sudah menunjukkan pukul 1pg. Perut aku memang xboleh trima mknn tp untuk elakkan lapar, aku pesan juga mee udang. Seperti jangkaan ku,mmg tak habis.

Selepas makan,kami terus ke hotel. Chck in disana dan aku pesan pada driver, esok pagi aku akn bersarapan di hotel memandangkan company aku hanya akn membayar claim jika ada resit. Tetapi fatimah akn ikut driver bersarapan di luar bersama2 keluarga nya. Sampai sahaja di hotel, pada jam 1.30pagi aku terus teringat pesanan bos aku. Nanti u sampai sana,msg I tau. Jadi aku pun taip la msg kepada dia utk inform baru sj sampai dan kemudian memberitahu keluarga ku bhw aku sudah selamat smpai.

Esok pagi, aku dpt msg balas dr bos aku..seperti jangkaan ku, dia bertanya dgn nada hairan.knp terlalu lambat sampai. Aku kata xtahu juga mgkn kami bertolak agak lwt. Selesai saja mndi dan bersiap,aku trus turun mkn di hotel. Aku sempat msg fatimah bertnyakan keadaan dia..dia kata dia sudah kol & msg driver tp malangnya xada jwpn.jadi utk tidak melengahkan masa,aku trus mengajaknya mkn di hotel dan aku belanja.kerana aku tahu mslh kewangan yg dia hadapi.

Semasa bersarapan,kami dpt panggilan dr driver yg mengatakan dia bru saja bangun. Kami kata xapa..kami dah sarapan dan trus saja hntr kami ke pejabat. Sampai saja disana kami trus buat kerja2 kami dan sempat lagi bertanyakan dimana pasembur plg sdp di situ.dari jam 9pg smpai lah 12 tnghari.. akhirnya kerja kami selesai. Alhamdulillah..berjaya. jenuh juga apabila pertama kali kami lakukan

Kami trus hubungi driver utk ambik kami dan bole trus balik ke kl. Dlm masa 3 min driver smpai, dia bgtau kita akn singgah mkn di nasi kandar line clear.rasa nya tmpat famous. Slps mkn,kami ingt boleh trus pulang tp ada stop pula di jeruk pak ali tetapi aku dan fatimah tidak turun. Kami menjaga kereta sebab tiada tempat parking. Selepas mereka habis membeli, driver bgtau kita akn ke bukit bendera. Bila dengar mcm tu, aku trus kata mahu naik tren balik sebab cpt sampai tp sebab dia janji tidak lama disitu..ambil gmbr,balik. Jadi disebabkan aku percaya pada org, aku turut pergi kesana.. Rupanya2 keluarga driver sudah terus beratur di kaunter cable car. Aku dan fatimah seperti terpinga2 krn apa yg dijanji kan lain yg dibuat. Kami trus senyap xterkata apa.

Jam menunjukan 3ptg. Bos kami dah call&msg kami hampir 3 kali bertnyakan dimana kami berada. Kami masih lg di bukit bendera. Tp x bgtau sbb kami masih lg kesian pada driver. Selepas itu, kami singgah di kedai pasembur kerana mak aku teringin sgt pasembur. Alang2 dah smpai,aku singgah la beli. Kemudian kami trus balik ke kl. Kami berhenti rehat di rnr gunung semanggol. Makan,bersolat dan kemudian kami bergerak balik. Sampai di kl pada jam 11mlm. Esok pula kena kerja. Ya Allah. Kuatkanlah aku..

Esok nya di pejabat, aku berjumpa driver face to face. Aku nasihatkan dia elok2..aku kata xsalah nk bawak anak isteri.tp knp mesti bwk adik ipar sekeluarga. Dia kata sbb adk ipar dia nk ikut. Aku kata lg, knp x pergi bukit bendera ketika kami sedang bekerja.. lebih menjimatkan masa. Xperlulah kami menunggu bagai org bodoh disitu. Dia tidak ada jawapan utk itu. Aku beritahu, kalau balik naik tren pun smpai awal..Driver itu sedikit pun xkeluar perkataan maaf dr mulutnya malah dia berkata dgn angkuh nya..haa lepas ni naik sendiri je la..

Aku fikir dia bole terima nasihatku itu. Tapi rupanya tidak..dia msg pula fatimah. Katanya 'jika ada lagi Sabariah tu nk naik skali dgn aku,aku xnak.kalau nak naik dgn aku. Kena ikut cara aku. Dia bukannya staff disini, dia menumpang je dlm kereta tu. Knp nak kecoh2 sgt. Kalau aku tahu,baik aku tinggalkan je dia dekat sana.' Fatimah pada awl nya tak mahu menunjukkan msg tersebut pada aku tetapi memandangkan msg itu sgt kurang ajar, dia tunjuk juga. Kemudian aku muhasabah diri ku sndiri. Adakah aku menumpang?kerana aku pergi sana seperti diarahkan.siapa yg sebenarnya menumpang?aku yg menumpang atau ipar duai nya yg menumpang?kena ikut cara dia?kenapa xbgtau awal2 tu undang2 nya.sbb aku mmg pada awalnya nk naik train. Nak tinggal kan aku dkt utara?bagi aku x ada masalah. Aku sgt ramai kwn2 dan keluarga di kwsn utara.sebut saja di mana..memang ada.lagi pula aku penah melanjutkan pelajaran di kswn utara juga.Aku pun org berilmu,tahu membaca.xkan susah utk balik sendiri. Mungkin driver fikir,dia sgt2 penting.

Pada hari itu juga di pejabat terlalu banyak system error yang perlu aku selesaikan. Tapi aku tak dpt fikir dgn waras mungkin sebab aku terlalu letih dan otak jam. Mujur lah ada officemate lelaki. Walaupun dia bukan muslim, tp sangat baik dan membantu aku menyelesaikan nya.

Keesokkan nya, bos kami panggil dan bertnyakan hal di penang. Segala nya ok xada mslh. Dia tnya kenapa lambat smpai penang dan knp lmbt smpai di kl. Nak x nak kami terpaksa juga cerita apa yg jadi. Kami pun xtahu laa apa yg berlaku selepas itu kpd driver. Mungkin juga kena nasihat dgn bos2 kami. Bagi aku, perkara biasa jika seseorang itu buat kesalahan, dia dinasihatkan/dihukum atas kesalahan nya. Kerana aku sendiri banyak buat silap semasa kerja dan dihukum oleh bos2 aku yg baik hati itu. Selepas seminggu berlalu, tiba2 fatimah terjump sesuatu dari FB. Isteri kepada driver tersebut ada meluahkan perasaan marah nya.

Mungkin bagi mereka itu adalah perkara kecil dan xperlu mengadu. Sedangkan kami ni sgt mementingkan masa. Kami kesana bukan utk bercuti, bergembira. Kami ada tugas kami. Kami balik ke kl pun kami ada tugas kami. Jika kita x bole dgr nasihat org, smpai bila kita nk sedar kesalahan kita. Lagipun xpernah terlintas difikiran aku utk menjatuhkan sesiapa. Knp mesti aku nk bermusuh dgn driver tersebut sedangkan kami bukan nya sama company. Langsung x ada kaitan. Dia pekerja kerajaan. Sedangkan aku pekerja swsta. Kalau btl aku nak jatuhkan dia, nk tutup periuk nasi dia, untuk apa?Sedangkan kita semua tahu, pekerja kerajaan mmg susah nk dibuang kerja..perangai teruk mcm mana pun still boleh kerja. Ingat swsta boleh ke buat mcm tu???
Tolong lah..benda2 mcm ni jgn libatkan agama.."Kami tau kami ada Allah". Muhasabah diri balik. Betul ke tindakan kamu tu?


Yang ni pula antara komen2 2 beradik yg naik kereta bersama2 kami.. Mungkin juga driver tu x jujur dgn isterinya.. xcerita benda btul pada isterinya apa yg berlaku. Baru2 ni kami dapat tahu, bos2 atasan langsung xda kecoh pun hal ni. Cuma Bos aku kata lain kali dia memang xnak naik dgn driver ni sebab nya sebelum2 ni pun bnyk jugak masalah dia penah buat. Hanaya orang yg dah lama bekerja disitu je yg paham perangai driver ni.

Kata2 ini sgt bermakna buatku..

Ingt kan isteri dia sahaja yg post pasal kemarahan nya tetapi adik iparnya yg menumpang pun ada post juga. Menumpang tp masih tak sedar diri menumpang dan anggap org lain yg salah.

Tiba2 mereka2 yang xtahu asl usul cerita,bole komen macam2 diantaranya





Tahun lps aku kena sebab aku slalu backup rkn sekerja ku..dia slalu dtg lambat..skrg aku berjanji akn berckp benda betul supaya aku xrasa lg bersalah.tiba2 aku rasa berasalah jgk. Kerana aku dituduh menutup periuk nasi org. Aku pun jadi x faham mengapa apabila ssorang itu buat salah,kita tak boleh nak membuat sebarang aduan?adakah kita perlu hanya lihat angguk dan terima sahaja kesalahan tersebut?  Kesian semua yg bertudung labuh. habis reputasi semua. Aku tahu mmg xsemua yg pakai tudung labuh berhati mulia dan semua yg x bertudung tu berhati jahat. Tp kena ingat, Allah mewajibkan kita perempuan untuk MENUTUP AURAT. Jika tudung yg dipakai x menutup aurat, adakah kita dah menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya? Muhasabah diri balik. Aku hanya mengharapkan mereka yg memberi komen di laman sosial tidak terburu2 untuk komen tetapi bertanya lah dulu ada mslh nya..n mengapa dia buat demikian. Nak tengok jugak dia balas mcm mana lepas ada org tnya apa yg dah jd..tp hampa..semua yg komen langsung xbertanya KNP..

7 comments:

  1. sapa nama dia kt fb?bgtau sni..kne ajar bdk2 hingusan ni..nak gado ajak ipar duai bgai..sndri nyer mslh..solve sndri la!!kutuk2 org..igt diorg tu bgs sgt?marah ni!marah!

    ReplyDelete
  2. Ehh rilek brader..ni kesah xda kaitan dgn yg mati..haha
    Terima kasih krn sudi membaca..bole buat novel x??

    ReplyDelete
  3. Ni la masalah org Melayu. Dari awal lagi semuanya LAMBAT, tak punctual. Bergerak lambat, makan lambat, sampai hotel lambat, bangun pagi lambat....drag2 sampai esok lambat. Patutla org Melayu x pandai bisnes.
    Tapi dalam byk2 benda, satu je tak lambat. Waktu berbuka puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkn melayu blun maju lg..doakan kemajuan melayu..yeayy..

      Delete
    2. banyak nya perkataan LAMBAT huhuhu

      Delete
  4. please report to your boss on the harrasment on your facebook. dia berani buat macam tu sbb sebelum ni tak ada apa-apa tindakan. kalau jadi kat staff saya pun, saya mengamuk. driver company pun dah kena buang. bila dah jadi macam tu baru jadi pengajaran kat driver lain. nk makan angin waktu outstation boleh, tapi jangan ganggu kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah buat report pun dan sebab kan tu la saya di cop tutup periuk nasik org dan sebagainya. skrg ni mmg xda apa2 tindakan pun. cuma tindakan dia mmg sedang diawasi sebab terlalu bnyk bnda dia dh buat tq

      Delete